lightning-solid
Berita :
Terengganu Agih RM239,300 Hargai Prestasi Atlet Kebangsaan
Terengganu Agih RM239,300 Hargai Prestasi Atlet Kebangsaan
Mohd Irsyadi Abu Bakar
2 jam yang lepas
50

KUALA NERUS 7 Februari - Kerajaan Terengganu memperuntukkan sebanyak RM239,300 menerusi skim Insentif Skim Wakil Negara (SWARA) dan Insentif Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE) kepada 109 atlet negeri itu yang menyertai Sukan SEA pada Disember 2025 dan Sukan Para Asean 2025 pada Januari 2026.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar, Dato' Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam ucap tama Majlis Watikah Pelantikan Ketua Kontinjen, Timbalan Ketua Kontinjen, Bapa Angkat dan Jabatan Angkat bagi Pasukan Terengganu ke Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026, di  Ar-Riyadah Residence, baru-baru ini.

"Dalam ruangan ini saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan atlet kita di sukan SEA dan Para Asean baru-baru ini.

"Kerajaan negeri ingin memaklumkan bahawa peruntukan hampir RM240 ribu telah disediakan sebagai penghargaan kepada pra atlet ini yang mewakili negara serta kejayaan meraih pingat," katanya.

Pada Temasya Sukan SEA lalu, seramai 97 atlet Terengganu berjaya menyumbang tujuh pingat emas, 10 perak dan 13 gangsa buat negara.

Manakala, dalam Temasya Sukan Para SEA, 12 atlet Terengganu yang menyertai lapan jenis sukan berjaya meraih empat pingat emas, tujuh perak dan tiga gangsa buat Malaysia.


Tag :

Artikel Berkaitan